Monday, January 11, 2010

22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir



1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.

Disebalik Realiti dan Adab Resam





Telah menjadi adat orang Melayu bahawa setelah ibu melahirkan anak, urinya
akan ditanam. Sekadar menanam uri sahaja setelah dibersihkannya daripada
darah kemudian ditanam dengan tujuan tidak mahu ianya dibuang begitu
sahaja,tanpa niat-niat yang lain, tidaklah menjadi kesalahan.

Tetapi apabila uri itu diletakkan di dalam suatu tempat dan kemudian
diletakkan asam atau garam kemudian ditanam dan kemudian diletakkan lampu
disebelah tempat yang ditanam itu, maka itu menyerupai adat agama Hindu.
OrangMelayu meletakkan asam dan garam kalau anak perempuan supaya pandai memasakdan meletakkan paku kalau anak lelaki supaya pandai menukang. Tetapi itu
zaman dahulu. Zaman sekarang di mana kemahiran anak perempuan bukan lagi
pada masak memasak, tetapi dalam bidang pelajaran, maka apakah kena ditanam
uri itu dengan buku-buku sekolah? Dan kalau anak lelaki pula, apakah
perluditanam komputer bersama uri tersebut? Inilah adat Melayu yang tidak ada logik dan tidak ada gunanya.


Apabila anak itu mencapai usia 7 hari, terutama pada waktu dahulu, anak itu
akan diletakkan di satu dulang yang berisi beras atau kunyit. Ini juga
menyerupai Hindu.Bila anak itu dewasa pula, orang Melayu sekarang suka menonton rancanganHindustan yang kebanyakannya juga beragama Hindu.



Apabila anak itu berkahwin, diadakan persandingan dengan bertepung tawar
danmelontar beras dan sebagainya. Mengapa beras padahal minyak wangi banyak
dijual di kedai? Kerana orang Hindu mempercayai semangat yang ada pada
padi. Dikir barat itu menyerupai gerak laku orang Hindu dalam memuja
semangat padi. Mereka yang belum berumahtangga dan akan berumahtangga
hendaklah fikirkan hal ini baik-baik dan ibu bapa hendaklah menasihatkan
anak-anak mereka supaya jangan melakukan upacara yang bertentangan dengan
Islam di hari perkahwinan. Kalau kita sudah bersanding dengan upacara ala
Hindu, esok lusa kita jadi ustaz atau ustazah atau pendakwah dan hendak
bersyarah atau menasihatkan orang lain mengenai hal ini, orang lain sudah
tidak mahu dengar cakap kita sebab kita sudah menunjukkan contoh yang
salah.

Begitu juga tepak sirih yang biasa digunakan oleh orang Melayu di majlis
akad nikah, adalah juga daripada adat orang-orang Hindu. Berbincanglah
dengan bakal pasangan anda dan juga keluarga bakal pasangan anda dan
nyatakan kepada mereka bahawa anda tidak mahu majlis perkahwinan yang
bercorak Hindu itu. Sebab kalau kita tidak berdakwah, anak-anak kita
nanti semuanya akan ikut dan kita akan menanggung dosanya kerana kita telah
mewariskan adat agama syirik!



Apabila orang Melayu meninggal, bila sudah ditanam, akan ditabur bunga di
atas kubur tersebut. Ini juga adat agama Hindu. Kalau kita perhatikan,
orang Hindu yang mati sebelum dibakar, akan diletakkan bunga ke atas
mayatnya. Hari ini orang Melayu bukan sahaja menabur bunga di atas kubur,
bahkan mayat itu sudah ditabur bunga di rumah lagi sebelum dibawa ke tanah
perkuburan.

Sebab itulah ada pepatah Melayu yang berbunyi: "Biar mati anak, jangan mati
adat". Saya rasa pepatah ini berasal daripada orang Hindu juga kerana
mereka sangat kuat berpegang kepada adat. Yang
betulnya: "Biar yang lain terkorban, Islam jangan digadai." Olehkerana
itulah sebahagian besar ibu bapa hari ini, terutamanya yang tua-tua,
bermati-matian menegakkan adat, walaupun bercanggah dengan Islam, seperti
bersanding di atas pelamin dengan upacara yang bukan-bukan.


Kalau sepanjang hidup kita ini kita ikut orang Hindu, bagaimanakah kita
boleh mati dalam keadaan Islam? Sedangkan Allah telah berfirman yang
bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan
sebenar-benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali sebagai orang-orang
Islam."

Untuk mati dalam keadaan Islam, hidup kita mestilah dengan cara Islam,
daripada hari lahir kita sehinggalah hari kita dikuburkan di bumi.

Orang Cina dan India dahulu tinggal sekampung dengan orang-orang Melayu.
Jadi sudah tentu banyak adat-adat yang mempengaruhi orang Melayu. Namun
sebagai orang Islam, kita kena bersihkan amalan kita daripada sebarang
penyerupaan dengan amalan agama lain. Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

"Siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia daripada kaum itu."


Dalam riwayat yang lain:

"..........dan akan dibangkitkan bersama-sama mereka (kaum yang
diserupainya)."

Agama Islam telah disempurnakan oleh Allah tanpa perlu ditokok tambah atau
dibuang atau diubah.

SOLAT ATAU SEMBAHYANG ????



Tercatat di dalam kitab PEDOMAN SHALAT oleh Prof. Dr. T.M. Hasbi Ash-Shiddieqy, mukasurat 69, di bawah tajuk: 23. SEBAB DINAMAI SHALAT, ada menyatakan seperti berikut:-

Hikmah dan sebab dinamai ‘ibadat yang penting terkenal ini dengan nama shalat, adalah kerana mengingat bahwa di dalam shalat itu terdapat “tawajjuh” (usaha berhadap diri pada Allah) dan “do’a” (seruan memohonkan hajat dan ampunan kepada Allah s.w.t.)

Mengingat hal ini amat utamalah kita memakai kata shalat, jangan memakai terjemahannya = sembahyang. Apalagi apabila diingat bahwa kata sembahyang itu berasal dari bahasa Sankrit, yang bererti menyembah dewa.

Dalam cerita-cerita Hindu kita mungkin pernah mendengar perkataan ‘Yang’ / ‘Iyang’, seperti “berIyang-Iyang” atau “Sang Yang”. Jadi, berkemungkinan besar ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu adalah nama dewa yang mereka sembah. Dalam sejarah orang Melayu sebelum Islam datang adalah berugama Hindu. Mereka kemungkinan menggunakan perkatan sembah Iyang atau sembah Yang yang bererti sembah dewa yang bernama Yang / Iyang.

Atau mungkin ‘Yang’ / ‘Iyang’ itu bererti ‘tuhan’ yang dimaksudkan “yang pencipta dan yang patut disembah”. Ini memberi erti bahawa pengenut ugama Hindu menganggap dewa itu adalah Iyang / Tuhan mereka. Dan bagi kita orang Islam Tuhan / Iyang (jika Iyang bererti tuhan) sebenarnya adalah dan hanyalah Allah s.w.t.

Jika begitu sembahyang (asalnya sembah Yang / Iyang) itu boleh bererti sembah tuhan. Jadi ini pun bagi saya masih belum tepat digunakan. Coba, mithalnya, ‘Yang’ itu ditukar kepada perkataan ‘tuhan’ dalam kalimat “sembahyang Fardhu Dzohor”, maka ia akan berbunyi “sembah tuhan Fardhu Dzohor”. Ini boleh menyerongkan dan merosakkan ‘aqidah bila disebutkan untuk shalat-shalat lain yang terdapat bermacam-macam dalam seharian kita, kerana seolah-olah pengertiannya bahawa banyak tuhan yang hendak disembah dalam seharian….. na’uuzubillaa-hi min zaalik……..

Dari itu nasihat saya untuk diri saya dan untuk saudara seagama yang dikasihi sekelian adalah lebih baiknya, bagi menolak kemungkinan-kemungkinan tersebut, kita membiasakan menggunakan perkataan ‘sholat’ dari mengunakan perkataan ‘sembahyang’, tambahan lagi tidak susah rasanya untuk kita menyebutkan dan mempergunakan perkataan ‘sholat’ itu.

Sekian, harap dapat dibetulkan jika terdapat sebarang kesalahan atau ketergelinciran pendapat, kerana jika ianya benar maka itu adalah hidayah dari Allah, dan jika salah itu adalah kelemahan saya yang coba dengan ikhlas untuk menyebarkan dan menyampaikan sekadarnya ilmu yang ada.

Wallaa-hu a’lam………

Air Juga Berperasaan




bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.

Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.

Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.

Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina ( dengan janggut yang panjang dan perut buncit ).

Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.

Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.

Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.

Saturday, January 9, 2010

Doktor, Islam dan Logik

Sebuah Perbandingan Klasik Dan Moden


Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin
memikirkan sejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak "Dalam
diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan". Doktor menyuruh kita melihat
kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.
Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab
dan tangan kanan 1 dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan
nama Allah. Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-


1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan? Mengikut cara Rasulullah
s.a.w, beliau akan menggaulkan lauk dan nasi dengan tangan kanannya dan
kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw akan mengambil sedikit
garam menggunakan jari kecilnya(yg last tu), lalu Rasullah saw akan
menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan nasi dan lauknya!.
Mengapa? Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim,
tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah
kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat
menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of
digestion. Mengapa menghisap garam? Kerana garam adalah sumber mineral dari
tanah yg diperlukan oleh badan kita. Dua cecah garam dari jari kita itu
adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka
lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat
untuk kita. Kenapa garam? Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam
juga adalahpenawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr,
dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah
dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang
sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah - Rasulullah akan mengunyah banyak 40
kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca
Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bacteria dan
racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka
bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah
minum. Janganlah kita minum berdiri walaupun makruh tetapi ia makruh yang
menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan
bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar,
lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan
bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita. Kerana apabila kita
hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila
bercampur dgnairH20, akan menjadi H2CO3, i!aitu sama dengan cuka,
menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan meniup air yg panas,
sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas
sehingga habis.



4. Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum
berkahwin yang berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin
yang berzina? Badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau
antibiotik yg dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah
tulang belakang, berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang
belum berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala
lelaki yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini
sehari, kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri. Jadi apabila lelaki yang
belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini
adalah kerana apabila dia disebat di belakangnya, suatu amaran tentang
kesakitan !itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat
melawan virus HIV jika ia ada di badannya, dengan itu dapatlah antibodi
melawan virus HIV itu. Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin, walaupun
disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibody sahaja, jadi
dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapatmerebakkan
virus HIV itu. Itulah sedikit sebanyak inti syarahan yg disampaikan oleh Dr
Jamnul Azhar. Harap ia akan memberi manfaat pada anda sekalian, dan sedikit
informasi yang diberikan oleh Mudarisana,


5. Mudaris Iskandar mengenai Ka'bah. Mengapa ia terletak di
Mekah al- Mukarramah dan mengapa ia empat persegi (cube). Ia terletak di
posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari
Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletaknya Ka'bah sekarang itu, adalah
betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi, ia melambangkan
perpaduan ummah yang bergerak maju! bersama, equality and unity, tidak
seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan, seperti hanya seorang
pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain. Dan antara
lagi sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar, Maliki, Hambali,
Hanafi dan Syafi'i, melambangkan kebenaran keempat-empat Imam tersebut.
Sekian buat renungan bersama, Fi amanillah Jazakallah Khairan Kathiran.

TOLONG SEBARKAN DAN JADIKAN AMALAN BERGUNA.... BAGUS NI


Helah Yahudi

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan denga teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.


Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.



Agenda Israel menghapuskan Masjidil Aqsa


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:



Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israeltelah berjaya dalam perancangan mereka.


Rujukan:Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai

Thursday, January 7, 2010

Untuk Renungan

http://www.4shared.com/file/191044362/ba56eda8/syukur.html

Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara



1.Song....


Lagu-lagu yang menghiburkan..jika ada anak-anak yang tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela...Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa depa..... berjaya sudah Yahudi.... Hinggakita terfikir..... bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?

2.Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana..di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah.. kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex... filem 18SX amat laris berbanding filem U...VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Adakah filem yang tiada adegan sex? Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah.

3.Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja...sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau di gelar "up to date"..Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja....ataupun penari kabaret....( aku tengok dari filem P Ramlee )....Syabas yahudi...berjaya lagi kamu....

4.Sport...

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan...hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. .Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang...yang menonton pun tak sembahyang juga.... Kalau menonton dirumah...akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL.... Yahudi gol lagi......sampai ada ulamak kata...kerana sukan..sembahyang boleh tangguh...MasyaAllah,..

5. Fun..

Hiburan...dimana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.... Kalau kita lihat dalam 100 majalah mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga...yang menayangkan buah mangga artis perempuan.... Kalau ada konsert sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....pelbagai maksiat akan diselit masuk.... Yahudi terhibur lagi....

6. Female...

Perempuan...tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan..terutama dalam iklan..yang kadangkadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... Kalau kita ke kedai bateri kereta dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi...apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? kalau iklan tuala wanita...perempuan adalah patutnya... Yahudi bersorak lagi.....

7.Fashion....

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam..sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat....Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah...Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan....Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...Kalau dah rambut di warnakan... sembahyang pun tak sah...malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... Yahudi ketawa lagi....Umat islam sudah jadi macam Yahudi....

8.Food

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah MC D, Kentucky, Pizza hut dan seribu satu macam lagi...Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...tapi makanan Barat menjadi kebanggaan...Bila makanan datang dari Barat..adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh Kentucky..rempahnya datang dari Amerika.... siapa nak pergi check...halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap... Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi...tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah.....Yahudi makan Islam lagi...


p/s:Ini hanyalah protokol ke-10 Yahudi..banyak lagi yang perlu diteliti..hijrah lah sedikit demi sedikit..InsyaALLAH kita dilindungi ALLAH..amin

Science Can't Explain Everything

An atheist professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, The Almighty. He asks one of his new Muslim students to stand and.....

Professor: You are a Muslim, aren't you, son?
Student : Yes, sir.
Prof: So you believe in God?
Student : Absolutely, sir.
Prof: Is God good?
Student : Sure.
Prof: Is God all-powerful?
Student : Yes.
Prof: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn't. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent.)

Prof: You can't answer, can you? Let's start again, young fella. Is God good?
Student :Yes.
Prof: Is Satan good?
Student : No.
Prof: Where does Satan come from?
Student : From...God...
Prof: That's right. Tell me son, is there evil in this world?
Student : Yes.
Prof: Evil is everywhere, isn't it? And God did make everything. Correct?
Student : Yes.
Prof: So who created evil?

(Student does not answer.)
Prof: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don't they?
Student :Yes, sir.
Prof: So, who created them?
(Student has no answer.)
Prof: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son...Have you ever seen God?
Student: No, sir.
Prof: Tell us if you have ever heard your God?
Student : No , sir.
Prof: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student : No, sir. I'm afraid I haven't.
Prof: Yet you still believe in Him?
Student : Yes.

Prof: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn't exist. What do you say to that, son?
Student : Nothing. I only have my faith.
Prof: Yes. Faith. And that is the problem science has.
Student : Professor, is there such a thing as heat?
Prof: Yes.
Student : And is there such a thing as cold?
Prof: Yes.
Student : No sir. There isn't. (The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don't have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can't go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.
(There is pin-drop silence in the lecture theatre.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Prof: Yes. What is night if there isn't darkness?
Student : You're wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light....But if you have no light constantly, you have nothing and it's called darkness, isn't it? In reality, darkness isn't. If it were you would be able to make darkness darker, wouldn't you?
Prof: So what is the point you are making, young man?
Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Prof: Flawed? Can you explain how?
Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can't even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?

Prof: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?(The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going.)
Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?
(The class is in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor's brain? (The class breaks out into laughter.)
Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor's brain, felt it, touched or smelt it?

....No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?(The room is silent. The professor stares at the student, his face unfathomable.)

Prof: I guess you'll have to take them on faith, son.
Student : That is it sir.. The link between man & god is FAITH. That is all that keeps things moving & alive.

Imam Syafi'i dan Gurunya, Imam Malik bin Anas


Betapa gembiranya Imam Malik karena mendapat seorang murid yang cerdas dan bijak seperti Syaf'i. Syaf'i semenjak kecil bukan saja telah hafal seluruh isi al-Quran dan ribuan hadis Nabi s.a.w. malah beliau juga telah hafal seluruh isi kitab Hadis Muwatta' karangan Imam Malik bin Anas, sebelumnya Syaafi'i bertemu dengan Imam Malik. Imam Syafi'i membagi malam kepada tiga bahagian yaitu:

i) Sepertiga untuk Ilmu Pengetahuan
ii) Sepertiga untuk sholat
iii) Sepertiga untuk tidur

Rabi' menerangkan bahwa Imam Syafi'i setiap hari menamatkan al-Quran sekali, tetapi dalam bulan Ramadhan seluruhnya enam puluh kali, dan semuanya dibaca ketika menunaikan ibadah Sholat. Imam Syafi'i sendiri menerangkan bahwa beliau belum pernah bersumpah seumur hidupnya, baik ketika membenarkan sesuatu ataupun mendustakan sesuatu. Pernah disatu ketika ada orang bertanyakan sesuatu masalah kepada beliau. Ketika itu Imam Syafi'i mendiamkan diri sejenak tidak langsung menjawabnya. Ketika beliau disoal mengapa berbuat demikian, maka Imam Syafi'i menjelaskan:

"Aku menunggu terlebih dahulu, sehingga aku mengetahui, mana yang lebih baik aku diam ataupun menjawab pertanyaanmu."


Ini menunjukkan bahwa Imam Syafi'i adalah orang yang sangat teliti dalam memberikan sesuatu fatwa, kepada seseorang yang bertanyakan sesuatu masaalah semasa.


Imam Syafi'i pernah mengatakan: "Pada suatu hari aku tidak punya wang sesenpun, sedangkan aku ingin benar menuntut Ilmu. Lalu aku pergi bekerja disebuah Dewan untuk mendapat sedikit belanja". Ini menunjukkan bahwa Imam Syafi'i tidak berdiam diri ketika menemui kesulitan dalam kewangan, terutama ketika menuntut Ilmu, beliau bersedia bekerja apa saja yang halal, asalkan saja cita-citanya tercapai.


Imam Ghazali pernah menceritakan bahwa Imam Syafi'i juga adalah seorang Tokoh penting dalam kehidupan Sufi. Dia seorang yang sangat Taqwa tidak ingin bermegah-megahan dalam hal apapun juga. Berkenaan Ilmu Sufi, Imam Syafi'i berkata: "Saya ingin manusia itu mempelajari Ilmu ini, tetapi janganlah menyebut-nyebut namaku, dengan sepatah kata juapun".


Diantara kata-kata yang bernilai sufi daripada Imam Syafi'i ialah:

1) Orang yang zalim kepada dirinya, ialah orang yang merendahkan dirinya kepada orang yang tidak memuliakannya dan orang yang menyukai sesuatu benda yang tidak memberi manfaat kepadanya, begitu juga orang yang menerima sesuatu pujian dari seseorang yang lain yang tidak mengenalnya, dengan sesungguh-sungguhnya.

2) Orang yang tidak diutamakan karena Taqwanya, tidaklah termasuk Orang Yang Utama.

3) Siasat manusia lebih kejam daripada siasat binatang.

4) Jikalau kuketahui bahwa ia dengan itu dapat mengurangi kehormatanku, meskipun aku haus, aku tidak akan meminumnya.

5) Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah ialah menerima keritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya." Demikianlah kata-kata Hikmah dari Imam Syafi'i r.a.

Keberkatan surah Yaasin

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:


1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.

7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al- Quran sebanyak 10 kali.


12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".


13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurgamembawa minuman untuknya. Ketika diameminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.


14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima Suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Doa untuk Abuya dan Ummi-ku

Ya Allah,


Rendahkanlah suaraku bagi mereka. Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,


Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan
padaku, peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,


Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
aku, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah, hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,


Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku
memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu..........
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang
tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa
kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya.
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat
orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris
hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka
siksanya didahulukan di dunia ini.

Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu ini…